GENERIK KEMAHIRAN BELAJAR :PENGERUSAN PEMBELAJARAN

PENGURUSAN PEMBELAJARAN
  • PENETAPAN MATLAMAT DIRI DAN AKADEMIK 


Matlamat Hidupku

Pelajar  berjaya mempuyai penetapan matlamat  dan sasaran yang jelas.Jelaslah bahawa penetapan matlamat diri dan akademik merupakan satu perkara yang amat penting dalam pengurusan pembelajaran.Setiap individu haruslah mempunyai penetapan yang mantap agar memudahkannya unuk mencapai matlamatnya. Persoalannya bagaimanakah cara untuk kita menetapkan matlamat diri dan akademik?

Penetapan matlamat pembelajaran merupakan kemahiran yang perlu dipelajari dan dikuasai dalam diri setiap pelajar.Akan tetapi pernahkan anda mendengar tentang penetapan matlamat melalui cara SMART?. Menurut pakar,matlamat SMART merupakan ciri-ciri yang perlu ada dalam matlamat diri dan memudahkan kita menetapkan matlamat.Oleh itu mari kita meyelami apakah itu SMART?SMART merupakan kata singkatan yang terdiri daripada :


Tujuan penetapan matlamat berasaskan SMART untuk menjelaskan matkamat dan memastikan ia boleh dicapai sepanjang pengajian dan hayat.Tiada gunanya mempunyai matlamat jika ia kabur dan mustahil.


SPECIFIC-TERPERINCI
Matlamat yang terperinci adalah lebih bermakna daripada matlamat yang umum.Sasaran yang kita tetapkan perlu lebih spesifik.Jika tidak spesifik,dua perkara yang akan berlaku.Pertama anda akan mudah mencapai matlamat dan kedua matlamat yang anda dapati bukan apa yang anda mahu.Sebagai contoh,jika anda berkeinginan untuk lulus dalam pengajian, ia tidak sukar untuk dicapai kerana  umum mengetahui bahawa kebanyakan pelajar IPT/IPG akan lulus.Jadinya para pelajar perlu menetapkan matlamat anda untuk cemerlang dalam subjek ini,itu dan subjek yang lain.Dengan ada matlamat sebegitu,sudah tentulah anda akan berusaha mencapai matlamat tersebut.

MEASURABLE-BOLEH DIUKUR
Jika matlamat anda sudah spesifik,keberangkalian matlamat anda sudah boleh diukur.Sesuatu matlamat pembelajaran hendaklah diukur dengan jelas .Sebagai contoh,dalam menamatkan pengajian guru,anda tahu banyak guru pelatih yang juga sedang belajar seperti anda .Anda juga tahu bagaimana kualiti uru yang dicari oleh majikan dan bandingkan dengan diri anda.Dengan ini anda boleh mengambil langkah untuk memenuhi kualiti diri anda dengan aktif kokurikulum dan meyertai pelbagi pertandingan bagi memenuhi apa yang dikehendaki oleh majikan.

ATTAINABLE-BOLEH DICAPAI
Anda perlu tahu matlamat ditetapkan itu boleh dicapai kerana ia matlamat yang munasabah untuk dicapai.Jikalau kita   tahu matlamat yang ingin dicapai adalah mustahil bukankah ia perkara yang membuang masa untuk berusaha memenuhinya.Sebagai contoh,saya akan belajar dengan rajin dan bersungguh-sungguh untuk cemerlang dalam peperiksaan dengan mendapat markah 90% dalam setiap subjek.Keputusan seperti itu dapat dicapai jika melakukan tindakan yang betul seperti melakukan latihan soalan-soalan tahun lepas,menyertai seminar peperiksaan, mengikuti kelas tambahan luar dan sebagainya.
REALISTIC-MUNASABAH
Justeru itu,anda perlu mengkaji semula matlamat anda menepati ciri-ciri munasabah.Anda hendaklah meletakkan matlamat pembelajaran yang realistik dan mampu dicapai dengan sumber yang ada.Jika anda tetapkan matlamat yang tinggi,anda mungkin tak mampu untuk mencapainya.Sebagai contoh,saya akan belajar sehingga lewat malam pada setiap hari.Tindakan tidak munasabah kerana tidur yang kurang membuatkan kita kurang fokus didalam kelas malah menjadikan kita lesu dan tidak bermaya untuk keesokan harinya.Oleh itu,jika sesuatu matlamat tidak munasabah dalam pengurusan pembelajaran dan ia menyulitkan kita mencapai sasaran tersebut,maka hal ini membuktikan bahawa ia tidak sesuai dengan kemampuan kita.


TIME-BOUND-MEMPUNYAI HAD MASA TERTENTU
Unsur yang terakhir ialah mempunyai tempoh masa yang jelas.Setiap matlamat perlu ada jangka hayat.Tidak kira samada seminggu,sebulan ataupun setahun.Sebagai contoh,tugasan pembentangan yang diberikan oleh pensyarah saya akan buat persedian selama seminggu dari sekarang untuk mencari fakta-fakta dan isi-isi yang jelas untuk dipersembahkan.

KESIMPULAN
Seperti yang telah dijelaskan,tetapkanlah matlamat diri dan akademik anda mulai sekarang.Ingatlah bahawa anda tida akan maju selagi tidak menolak diri anda melakukan daripada apa yang biasa.Kerja yang sukar akan enjadi lebih mudah apabila kerap dilakukan dan saya pasti jika matlamt itu bernilai buat anda akan dapat menikmati kemanisan kejayaannya.

Disediakan oleh:Nur'Batrisyia binti Mohamed Asri



Related image

  • PENGURUSAN MASA
Setiap manusia amnya dan umat islam khasnya diwajibkan mengurus dan menggunakan masa dengan cara yang paling sempurna, optimum dan berkesan. Sebagai seorang pelajar mestilah mengetahui cara menggunakan masa dengan betul dan mahir dalam menguruskan masa. Secara ringkasnya, perancangan jadual belajar itu juga melibatkan kemahiran mengurus masa. Rahsia kejayaan seorang pelajar yang berpencapaian tinggi adalah dengan mempunyai pengurusan masa dengan cekap yang membolehkan mereka mengambil bahagian dalam pelbaagai aktiviti dengan jayanya (Khalid Mohamed Noor,2002).

TEKNIK MENGURUSKAN MASA

Sepertimana yang kita tahu, setiap pelajar perlulah mengetahui cara dan teknik menguruskan masa belajar. Salah satu cara yang paling berkesan adalah dengan membina jadual waktu. Jadual waktu disini bukanlah jadual waktu mingguan yang tetap seperti yang disediakan oleh kebanyakan pelajar hari ini. Ia merupakan satu senarai  aktiviti yang anda perlu buat pada hari ini atau esok. Senarai itu mestilah bersesuaian dengan aktiviti harian anda seperti tugasan yang perlu disiapkan, latihan sukan dan lain-lain.



Image result for gambar jadual waktu harian
KEPENTINGAN JADUAL WAKTU


  • Menilai kembali apa yang telah kita lakukan
  • Menilai sama ada aktiviti yang kita lakukan itu memberi faedah ataupun tidak
  • Melatih mendisiplinkan diri pelajar dalam menepati masa
  • Mendorong ke arah pencapaian kejayaan yang cemerlang dalam bidang yang mereka ceburi meskipun pada kehidupan dunia mahupun di akhirat
  • Mengelakkan amalan suka bertangguh untuk melakukan sesuatu tugas
KESIMPULAN

Kesimpualannya, pengurusan masa ini sangat penting terutamanya dalam kalangan pelajar. Hal ini kerana untuk memudahkan pergerakan atau aktiviti harian mereka berjalan dengan lancar. Dengan ini juga aktiviti yang hendak mereka lakukan tidak tertanggu kerana sudah mengetahui cara untuk menguruskan masa dengan betul. Oleh itu, setiap pelajar haruslah mengambil berat tentang pengurusan masa untuk mencapai kejayaan.


Disediakan oleh:Norhamisya binti Abdul Hamid

MENGENALI GAYA PEMBELAJARAN KENDIRI
Apabila sesorang mengenali gaya pembelajarannya,maka dapat membantu pelajar belajar dengan lebih berjaya.Akan tetapi sistem pendidikan di Malaysia masih kurang menekankan aspek teknik belajar secara formal.Oleh itu,setiap pelajar belajar dengan cara dan gaya pembelajaran  yang berbeza antara satu sama lain.Berikut adalah di antara model pembelajaran yang mengatakan perbezaan gaya pembelajaran anatara setiap individu iaitu model gaya pembelajaran Dunn dan Dunn,model gaya pembelajaran Honey dan Mumford dan model gaya pembelajaran Kolb.


  • MODEL GAYA PEMBELAJARAN DUNN DAN DUNN
Dunn dan Dunn(1978) mendapati gaya pembelajaran boleh dikategorikan kepada lima iaitu
 i.  persekitaran
ii.  emosional
iii. sosiologikal
iv. fizikal
v.  psikologikal

Image result for persekitaran  nyaman

   aspek pembelajaran dari segi persekitaran ialah cahaya.Kajian Dunn dan Dunn(1978) mendapati bahawa terdapat terdapat individu memerlukan persekitaran cahaya terang semasa belajar.Terdapat juga pelajar yang tidak suka persekitaran cahaya yang terang kerana silau.Selain itu,bunyi menurut kajian Dunn dan Dunn(1978) terdapat individu memerlukam bunyi sperti muzik dipersekitaran mereka semasa belajar.Akan tetapi bagi pelajar yang suka suasana sunyi akan belajar secara bersendirian kerana dapat memberikan tumpuan  semasa belajar.Seterusnya,suhu juga memainkan peranan penting kerana proses pembelajaran akan lebih berkesan jika dilaksanakan dalam suasana nyaman dan berhawa dingin.Suhu yang panas akan menyebabkan fikiran dan emosi terganggu.Akhir sekali,reka bentuk.Pelajar yang gemar belajar dalam keadaan formal memerlukan satu tempat yang khas untuk belajar seperti sebuah meja dan kerusi.Bagi pelajar yang suka tempat informal seperti belajar di sofa,lantai atau tilam.Hal ini kerana memilih tempat yang sesuai dapat memberikan konsentrasi terhadap pelajaran 

Image result for emosional

  Seterusnya aspek pembelajaran dari segi emosional antaranya ialah motivasi.Apabila seseorang mendapat dorongan ,dia akan mempunyai keinginan yang kuat untuk bertindak ke arah mencapai matlamat.Kecekalan juga termasuk dalam aspek emosional kerana kecekalan penumpuan yang tinggi bagi seseorang pelajar akan dapat membantu pelajar berkenaan pelajaran dalam tempoh masa yang lama.Tahap kecekaln yang berbeza antara individu meneybabkan mereka memerluka waktu dan tempoh masa rehat yang berbeza.Sifat tanggungjawab  dapat membantu setiap individu berkeinginan untuk berjaya dalam belajar.Pelajar yang bertanggungjawab akan sentiasa melaksanakan tugasan dengan inisiatif sendiri(Dunn dan Dunn 1978).Akhir sekali.struktur yang merupakan arahan yang jelas dan berstruktur mendorong pelajar untuk berlajar dengan lebih berkesan.Struktur menurut Dunn dan Dunn ialah suatu peraturan spesifik yang digunakan dalam melaksanakan kerja dan meyiapkan tugasan .


   Image result for sosial
   Selain itu aspek pembelajaran dari segi sosiologi anatara elemen-elemenya  ialah diri sendiri.Mereka lebih selesa bersendirian berbanding belajar bersama rakan sebaya kerana kurang gemar membuang masa untuk bercakap sesama rakan sebaya yang menyebabkan tidak dapat menumpukan terhadap pelajaran.Elemen berpasangan iaitu individu yang belajar secara berpasanagn  dengan kehadiran individu yang rapat bersamanya.Pasangannya mestilah rakan karib dan mereka dapat berinteraksi secara dua hala apabila bersama.Rakan sebaya termasuk dalam salah satu  elemen dari segi sosiologi.Hai ini melibatkan lebih daripada dua orang rakan sebaya dalam melibatkan diri dalam perbincangan ,sumbangsaran dan perkongsian idea-idea tentang cara pembelajaran yang berkesab.Akhir sekali, elemen orang dewasa yang boleh digunakan oleh para pelajar untuk menjadikan guru atau orang dewasa sebagai tempat untuk menyoal  dan rujukan apabila menghadapi masalah ketika pembelajaran.


Image result for otak berfikir sihat

   Aspek pembelajaran dari segi rangsangan fizikal antaranya elemennya ialah persepsi pancaindera. 
Pelajar jenis visual pula belajar dengan baik dengan melihat sesuatu teks berbentuk perkataan dalam buku, di papan hitam atau paparan komputer. Mereka lebih suka suatu maklumat disampaikan dalam bentuk visual. Pelajar visual tidak memerlukan penerangan lisan seperti pelajar auditory tetapi mereka selalunya dapat belajar melalui pembacaan. Semasa kuliah atau perbincangan, pelajar jenis visual lebih suka mencatat nota untuk menerima dan menyerap maklumat.Visual learners adalah pelajar yang dapat mengingat dengan baik apa yang telah mereka lihat seperti gambar, lukisan, gambarajah bersiri, filem dan demonstrasi. Mereka lebih menggemari guru yang mengajar dengan menggunakan bahan bantu mengajar serta menggunakan banyak persembahan grafik dalam pengajaran.Pergerakan fizikal dalam kelas membantu pelajar memahami maklumat baru. Pelajar jenis kinesthetic belajar dengan baik melalui pengalaman dan terlibat secara aktif dalam aktiviti, lawatan dan main peranan.Seterusnya elemen makanan dan minuman.Terdapat individu berlajar lebih fokus sekiranya mereka makan dan minum semasa belajar.Manakala terdapat pelajar kurang gemar makan sewaktu belajar kerana dapat mengurangkan daya tumpuan mereka.Akhir sekali,elemen pergerakan/mobiliti dimana terdapat pelajar gemar beralih tempat duduk ketika belajar dengan melakukan sedikit pergerakan seperti bergerak mengambil makanan atau melakukan senaman ringkas.Dalam setiap proses pembelajaran ,waktu rehat merupakan satu kemestian bagi setiap pelajar.



Image result for otak berfikir sihat
   Aspek gaya pembelajaran terakhir dari segi psikologi yang terdiri daripda elemen analitik/global. Pelajar analitik melakukan tugasan secra terperinci dan lebih fokus terhadap setiap aktiviti pemeblajaran yang dilakukan.Dan pelajar ini lebih mudah mengingat dan memahami sesuatu jika sesuatu pengajaran disampaikan secara tersusun dari mudah ke sukar dan mengikut langkah-langkah yang logik.Pelajar global pula melihat sesuatu gambaran dengan lebih luas dan terbuka.Dan pelajar jenis ini boleh menerima sesuatu maklumat dalam apa cara sekalipun sama ada tersusun atau tidak dan mereka berupaya menyelesaikan masalah yang kompleks secara pantas.Elemen impulsif/reflektif dimana pelajar yang impulsif gemar membuat keputusan cepat dan sering mengikut gerak hati apabila membuat sesuatu keputusan.Manakala pelajar yang reflektif lebih berhati-hati semasa kerja kerana samgat prihatin dan berfikir mendalam sebelum membuat keputusan.Elemen dominan otak kiri/dominan otak kanan.Otak kiri manusia mengawal tindakan manusia dari aspek bahasa,natematik,logik,sekuens,linear dan anlisis.Manakala otak kanan pula berfungsi dalam aspek bentuk,ruang,lukisan,corak,holistik,rentak dan irama.
  • MODEL  GAYA PEMBELAJARAN HONEY DAN MUMFORD
Mengikut Honey & Mumford (1992), proses pembelajaran berlandaskan kepada menimba ilmu pengetahuan dan ia merupakan sepanjang hayat dan dalam proses pembelajaran tersebut pula beberapa kecenderungan yang dimiliki dan diamalkan oleh seseorang Kecenderungan yang dimaksudkan itu ialah mengimbas kembali, membuat kesimpulan, mempelajari sesuatu berdasarkan pengalaman dan membuat implementasi. Honey dan Mumford(1993) membahagikan gaya pembelajaran kepada empat kumpulan iaitu aktivis,reflektif,teoris dan pragmatis.


   Image result for gambar orang  bekerja berkumpulan

   Pertama sekali pelajar yang mempunyai gaya pemebelajaran aktivis digelar sebagai individu yang berminat pengalaman dan obses terhadap kaedah berpasukan.Murid jenis ini dapat bekerja dengan berdikari kerana mereka tidak perlu dorongan daripada orang lain.Pada keseluruhannya,murid jenis ini merupakan seorang yang peramah dan suka bersosial tetapi aktiviti yang dilakukan sering tertumpu pada persekitaran diri sendiri. 


Image result for gambar orang suka pemerhatian
   Pelajar yang mempunyai gaya pemebelajaran reflektif lebih berminat dalam mengulas pengalaman dan suka membuat pemerhatian melalui pelbagai perspektif.Reflective bermaksud sentiasa berfikir (Kamus Inggeris-Melayu, 1992).Pelajar yang jenis ini  lebih suka memikirkan maklumat yang diperolehi terlebih dahulu. Pelajar yang menggunakan gaya ini biasanya akan berkata “Mari kita fikirkan dahulu”. Mereka juga lebih gemar melakukan kerja secara bersendirian dan cuba memikirkan penyelesaian masalah secara senyap.Sebaliknya berminat memerhati tingkah laku manusia disekeliling .Mereka lebih senang sekiranya pengajaran adalah secara kuliah. Kemahiran memerhati dan berfikir mereka lebih tinggi.

Image result for gambar orang guna logik akal
   Seseorang yang mengamalkan gaya pembelajaran secara teoris sering mementingkan fikiran logik dan rasional.Mereka mudah terangsang kepda teori,model dan sistem pemikiran yang praktikal atau menerima unsur yang logik.Selain itu,mereka merupakan golongan yang kurang kreatif dan suka membentuk hipotesis dan mengkaji fenomena yang berlaku di persekitaran mereka.Pada keseluruhannya,mereka akan sentiasa menggunakan teori untuk membuat kesimpulan serta lebih mementingkan rumusan yang berdasarkan bukti,analisis,kenyataan atau idea yang wujud.


Image result for gambar orang kreatif
 Akhir sekali,pelajar yang mengamalkan gaya pembelajaran pragmatis adalah lebih berkeyakinan,banyak bercakap  dan lebih proaktif mengikut perkembangan dan sentiasa mengekalkan tahap emosi yang tinggi.Mereka gemar mencuba idea,teori dan teknik untuk menguji sama ada ia berguna atau tidak dalam situasi sebenarnya.Pelajar pagmatis juga bersifat kraetif dan inovatif kerana mereka sentiasa cuba memperbaiki sesuatu idea supaya ia dapat digunakan.

  • MODEL GAYA PEMBELAJARAN KOLB

Kolb(1984) telah membahagikan gaya pembelajaran yang digunakan oleh pelajar kepada empat kategori iaitu imaginatif dan kreatif,teori analisis,praktik dan intiutif dinamik.Model pembelajaran Kolb telah digunakan dalam kajian di berbagai bidang pengajian terutama sekali yang memerlukan kerja amali seperti kejuruteraan (Harb et al. 1995), perubatan, keusahawanan (Ulrich & Cole 1987; Norasmah 2002) dan perakaunan (Baker et al. 1987; Togo et al. 1990; Jonick 1998; Siegel et al. 1997)

Image result for gambar orang perakaunan.Image result for gambar orang jurutera


   Individu yang mengamalkan gaya pembelajaran secara imaginatif dan kreatif iaitu dimensi menerima maklumat iaitu sama ada secara pengalaman konkrit. Pengalaman konkrit bermaksud pelajar memperoleh maklumat dengan pengalaman langsung(berkongsi idea bersama-sama orang lain) dan seterusnya keupayaan memproses maklumat secara pemerhatian reflektif iaitu memerhati atau secara eksperimentasi aktif iaitu dengan melakukan.

   Sementara itu,individu yang mengamalkan gaya pembelajaran teori analisis pula suka menggunakan persolan"apa dia?".Maklumat diperolehi oleh mereka secara abstrak dan maklumat diproses menggunakan pemerhatian reflektif bagi menghubungkan pengalaman sedia ada; secara tak langsung dari pendengaran, pembacaan dan sebagainya kepada pemerhatian baru.

   Golongan pelajar jenis praktik pula pelajar terlibat secara aktif dalam aktiviti pengalaman baru dengan ingin ketahui kaedah atau cara-cara sesuatu benda berfungsi .Mereka gemar ,encari kegunaan maklumat diperolehi dan belajar menguji teori untuk mengetahui kegunaannya.

   Akhir sekali,pelajar jenis intuitif dinamik.Mereka suka mencari perkara baru yang belum diketahui untuk peroleh maklumat atau membentuk konseptual abstrak bagi membentuk teori dan generalisasi yang logik.Mereka juga suka mencari sesuatu yang boleh direka bentuk berdasarkan maklumat baru dengan kata lain menggunakan teori baru dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.Pelajar yang mengamalkan gaya pembelajaran Intuitive ini lebih cenderung untuk mencari sebab, kemungkinan dan perkaitan. Intuitors lebih baik dalam memahami sesuatu konsep baru dan sentiasa berasa lebih selesa dengan idea-idea abstrak dan formula matematik. Pelajar jenis ini lebih gemar kepada sesuatu yang baru, cepat bekerja dengan keadaan yang tidak tersusun dan tidak gemar menghafal. Pelajar jenis ini juga tidak gemar guru mengulangi pembelajran yang telah dipelajari dan lebih suka kepada inovasi.

rujukan :Pengalaman Berasaskan Model Kolb Jurnal Pendidikan 30 (2005) 113 - 128 113 Strategi Pembelajaran Pengalaman Berasaskan Model Kolb dalam Pendidikan Perakaunan (ROHAILA YUSOF ,NORASMAH OTHMAN dan FARIDAH KARIM)

Disediakan oleh:Nur'Batrisyia Bt Mohamed Asri



STRATEGI MENINGKATKAN INGATAN
 Kita boleh meningkatkan daya ingatan dengan mengetahui prinsip asas otak manusia. Ingatan bermaksud kebolehan memanggil balik atau menyebut dan menulis fakta atau kejadian yang berlaku selepas beberapa lama. Ramai pelajar cemerlang yang menggunakan teknik yang betul untuk meningkatkan daya ingatan. Teknik ini boleh digunakan untuk membantu kita mengingat kembali perkara-perkara yang penting yang telah dibaca.

 Mengingat ialah proses pembelajaran yang berkaitan dengan kefahaman dan penggunaan deria dengar dan deria lihat yang baik. Mengingat juga ialah sau kemahiran untuk mengingat kembali dengan menyebut atau menulis fakta dan kejadian yang telah berlaku selepas beberapa jam. 

 Sebagai seorang pelajar, daya ingatan sangat penting untuk menentukan kecemerlangan dalam peperiksaan. Bagi seseorang pelajar yang mempunyai daya ingatan yang kuat mestialah mempunyai emosi, akal, penglihatan, pendengaran dan pancaindera yang sihat. Namuj  begitu, tidak semestinya orang yang cacat angota tidak mempunyai daya ingatan yang kuat. Kita boleh lihat pada zaman kini, orang yang kurang upaya lebih hebat daripada kita yang sempurna. Daya ingatan juga memerlukan latihan dan bimbingan.


  • JENIS INGATAN MANUSIA

  1. INGATAN JANGKA PENDEK
 Ingatan ini merujuk kepada proses simpanan dalam jangka masa yang singkat. Kebiasaannya, maklumat-maklumat yang disimpan di dalamnya boleh hilang dalam masa lebih kurang daripada 30 saat, malah ada yang lebih cepat. Maklumat dalam ingatan jangka pendek cepat hilang kerana muatan sistem ini terhad. Ingatan jangka pendek merujuk kepada berapa banyak item atau data disimpan dalam sesuatu masa setakat mana seseorang dapat memberi penumpuan secara sedar dalam masa yang pendek

 Ingatan jangka pendek ini cepat hilang disebabkan oleh tiada latihan yang berterusan. Cara untuk mengatasi masalah ini adalah dengan melalui latihan dengan mengulangi maklumat yang diterima beberapa kali. Dua fungsi utamanya adalah untuk mengekalkan maklumat dan membantu manusia memindahkan maklumat daripada ingatan jangka pendek kepada ingatan jangka panjang.

       2. INGATAN JANGKA PANJANG 

 Proses ini berlaku apabila maklumat yang tersimpan sebentar direkodkan supaya kekal dalam ingatan. Ingatan ini berfungsi menahan maklumat pada jangka masa yang lama sehingga sebahagiannya kekal sepanjang hayat. Sebahagian ahli psikologi berpendapat bahawa ingatan jangka panjang tidak mempunyai batas simpanan maklumat yang dapat ditentukan dengan ukuran angka.
 Apabila maklumat telah berada dalam ingatan jangka masa panjang, ia tidak lagi diberi latihan kecuali ia dibawa balik kepada ingatan jangka pendek. Maklumat-maklumat yang hilang daripada ingatan jangka panjang melalui gabungan kedua-dua kesan iaitu kepudaran dan gangguan. Kadar kepudaran yang berlaku dalam ingatan ini lebih lambat berbanding ingatan jangka pendek. Kadar pudar bagi ingatan ini adalah setelah beberapa tahun sesuatu maklumat itu disimpan.


  • TEKNIK MENGINGAT



MNEMONIK
Mnemonik berasal daripada perkataan Greek mnemon yang bermaksud berfikir. Mnemonik membawa erti sebagai alat untuk kita mengingati sesuatu yang kita pelajari.

JENIS-JENIS MNEMONIK

  1. MNEMONIK KATA GENTIAN
Teknik ini sesuai digunakan kepada perkara abstrak yang sukar diingat. Melalui teknik ini akan melibatkan penggunaan imej yang timbul daripada kata ajuk yang dapat menukarkan maklumat kepada suatu imej konkrit yang mudah diingati. Contohnya, perkataan makanan boleh digambarkan meja yang dipenuhi dengan makanan

     2. MNEMONIK ANEKDOT

teknik ini untuk mengingat maklumat yang panjang dengan menghubung kait kata kuncinya ke dalam sebuah bentuk cerita pendek yang lucu.

Image result for mnemonik anekdot














     3. MNEMONIK LOKASI

 Teknik ini juga dikenali sebagai kaedah tempat. Teknik ini adalah berdasarkan dua cantuman unsur iaitu tempat dan imej.
      4. MNEMONIK RANTAIAN

 Teknik ini sesuai untuk mengingati senarai yang panjang. Cara menggunakannya adalah dengan menggunakan GAMBARAN. Sebagai contoh, sebuah bas yang berbentuk buku sedang meronda di jalan raya, ketika seekor burung sedang memakai topi sambil membaca buku di dalam bas. Sebenarnya anda sedang mencuba untuk mengingatkan senarai barang-barang yang perlu disediakan seperti buku, topi, burung, bas dan pensil.


LOKUS
 Perkataan lokus bermaksud tempat. Kaedahnya adalah dengan mengaitkan bahan ingatan dengan suatu tempat yang dikenali.
CHUNKING
 Teknik ini ialah teknik yang mengumpul beberapa maklumat yang tidak berkaitan menjadi satu kumpulan mengikut keseragaman tertentu. Kebiasaannya teknik ini memerlukan anda melakukan pemecahan kepada kumpulan. Contonya:Menghafal 26 huruf abjad dikaitkan dengan lagi tertentu.

Disediakan oleh:Norhamisya binti Abdul Hamid


PERANCANGAN JADUAL BELAJAR

 Penyusunan jadual waktu dapat membantu pelajar mencapai tujuan mereka belajar. Setiap jadual belajar mestialh mempunyai ciri-ciri yang baik.

 Antaranya ialah:

  • Tentukan tujuan dan objektif penyediaan dan kegunaan jadual itu.
  • Fikirkan aktiviti yang anda lakukan sesuai dengan tujuan dan objektif yang dinyatakan.
  • Pertimbangkan dengan sewajarnya tentang aktiviti yang perlu dilakukan sebagai pelajar
  • Berikan keutamaan kepada aktiviti yang akan dilakukan pada pagi, petang dan malam sebagai seorang pelajar.
  • Pertimbangkan jumlah masa yang perlu diperuntukkan bagi setiap aktiviti. Utamakan mata pelajaran yang susah dan kurang diminati.
  • Susun mata pelajaran yang perlu diulang kaji dengan sebaiknya agar tidak mengelirukan
Terdapat pelbagai jadual waktu yang perlu disediakan oleh pelajar.
 Antaranya ialah :
  1. Jadual waktu semester(rancangan untuk aktiviti satu semester)
  2. Jadual waktu mingguan(rancangan untuk aktiviti seminggu)
  3. Jadual waktu harian(rancangan untuk aktiviti setiap hari)
a)MENYEDIAKAN JADUAL WAKTU SEMESTER

Antara bahan utama yang boleh dijadikan panduan untuk menyediakan jadual ini ialah takwim IPT. Antara tujuan untuk menyediakan jadual ini ialah:
  • Persediaan membuat perancangan dan tindakan pada semester itu.
  • Mengingatkan diri tentang tugas yang perlu dilakukan.
  • Menyedari dan menegtahui jenis aktiviti yang akan dijalani sepanjang satu semester.

b)CARA MENYEDIAKAN JADUAL WAKTU MINGGUAN DAN HARIAN
Hal ini kerana dapat menyenaraikan aktiviti yang perlu dimasukkan dalam jadual waktu mingguan.Aktiviti tersebut hendaklah sesuai dan selaras dengan aktiviti pembelajaran pada minggu tersebut.Antara aktivitinya ialah

i.senaraikan mata pelajaran  yang akan dipelajari untuk peperiksaan
ii.aktiviti kokurikulum yang dijalani
iii.aktiviti persendirian seperti beribadat,berehat,menolong keluarga dan lain-lain

Walaubagaimanpun,masa merancang  untuk meyediakan jadual amat penting dan dicadangkan agar beberapa perkara diambil kira seperti aktiviti sebelah malam mestilah bersesuaian dengan aktiviti untuk hari esoknya contohnya membuat persediaan awal,mengulang kaji pelajaran lepas.

Secara ringkasnta tujuan menyediakan jadual waktu adalah  untuk memahami cara kerja amli yang akan dilakukan,membuat persedian awal tentang tajuk yang bakal dipelajari esok hari bagi memudahkan untuk memahami pengajaran pada hari itu dan mempunyai masa meyelesaikan assingment dab sebagainya.

c)MANFAATKAN MASA LAPANG

Image result for manfaatkan waktu lapang
Masa itu emas tetapi terdapat lebihan masa yang biasanya disia-siakan.Namun, banyak perkara yang boleh dimanfaatkan oleh seseorang pelajar.Masa yang singkat ini dikenali sebagai sela masa. Misalnya:

i. Semasa menungggu kawan
ii. Semasa menunggu kelas bermula
iii. Masa rehat
iv. Semasa pensyarah tiada dalam kelas 

 Pada sela masa ,para pelajar boleh membaca dan meyemak nota,membuat nota ringkas dan berbincang bersama rakan tentang sesuatu tajuk.

   Kesimpulannya,penyedian jadual dan menentukan jumlah masa ini merupakan perkara mudah.Namun apa yang selalu dibelengu oleh pelajar ialah melaksanakannya kerana ia memerlukan seseorang yang berdisiplin dan kesungguhan yang tinggi untuk mematuhi jadual waktu tersebut.

Disediakan oleh :Nur'Batrisyia Bt Mohamed Asri & Norhamisya Bt Abdul Hamid

Rujukan

Syed Ismail Syed Mustapa & Ahmad Subki Miskon & Aliza Adnan(2014),Kemahiran Belajaran,Penerbitan Multimedia

https://sites.google.com/site/hanisahredh/bab-2-pengurusan-pembelajaran

http://maghfirahmuhd.blogspot.com/?m=1

https://www.slideshare.net/rabiatulashikin/gkb-1053-bab-2




Comments

Post a Comment